Tips Posting Di FB Marketplace Paling Mudah | 500 TIPS VIRAL SYAZWAN ARIF

Tips Posting Di FB Marketplace Paling Mudah | 500 TIPS VIRAL SYAZWAN ARIF

Syazwan, tanya sikit ye. Ada tips untuk posting/ berniaga di FB Marketplace, tak?

 

.....

 

Wan bagi tahu dulu cara iklan di marketplace ye.

 

Pertama, atas sekali tekan je simbol kedai. Kemudian tekan simbol sell.

 

....

 

Gambar kedua

 

Bahagian ni penting. Pastikan gambar yang kita letak ni bukan gambar dari HQ atau ejen lain.

 

Kalau boleh, dari gambar fon kita sendiri. Ambil 100 gambar untuk post yang berbeza.

 

Jangan letak gambar yang sama dekat sini. (1 post 1 gambar berbeza)

 

...

 

Bahagian title pun sama. Pastikan taip apa yang orang cari.

 

Sebagai contoh, kita jual peti sejuk.

 

Jangan taip sejuk beku, tapi taip peti sejuk.

 

Tengok dekat:

https://trends.google.as/trends/trendingsearches/daily?geo=US&hl=en-US

 

untuk kaji apa yang orang suka taip bila cari barang.

 

...

 

Description = Ayat

 

Pastikan ayat tak letak perkataan yang tak boleh guna.

 

Ayat simple pun tak pe tak perlu panjang sangat sebab bahagian marketplace orang cari sebab nak tengok gambar, lokasi dan harga je.

 

Kalau sesuai dengan dia, dia terus beli.

 

 

Untuk link atau wasap, tak perlu letak. FB tak suka link² ni sebab tu dia dah sediakan button mesej.

 

Orang lebih suka guna messenger untuk tanya soalan. Dah sesuai dengan dia, baru lah bagi link wasap di mesej untuk urusan selanjutnya.

 

.....

 

 

"Ade tips dpt clicks dan reach tinggi?

 

Sbb ade org bgtaw sy kena letak iklan byk semua sett category berbeza tapi lokasi sama.. betol ke?

 

Dan lokasi tu kena tukar2 tiap jam? Atau tiap jam kena tukar lain2 gambar? Mana lagi elok?"

 

 

Untuk lebih ramai orang nampak kita, kita kena buat banyak post. Tapi hati-hati jangan sampai jadi spam.

 

Untuk soalan ni, ada 2 benda berbeza iaitu category dan lokasi.

 

Kebanyakan yang buka marketplace ni orang yang suka COD atau nak cepat.

 

Tapi tak jadi masalah untuk deal dalam mesej nanti pujuk supaya bertahan sekejap untuk di poskan. 😆

 

 

Jadi, kalau kita nak letak lokasi yang sama, ubah lah bahagian category yang berbeza.

 

Kalau category sama, ubah lah lokasi berbeza.

 

Kalau gambar dah guna, ubah gambar lain pula.

 

...

 

"Setiap berapa jam nak ubah ni?"

 

Untuk soalan ni pula, kita kena pelbagaikan masa untuk elakkan nampak spam.

 

Sebab tu ada yang cakap setiap jam, setiap 2 jam, ni semua pastikan berbeza ya.

 

 

Post banyak, reach banyak.

 

Untuk post banyak, kena pelbagaikan lokasi, gambar, category, dan masa untuk elakkan nampak spam. Itu sahaja😄

 

Cara beriklan sampai Viral di FB Wan dah bagi dalam ni: osini.co/NotaViral

 

😍