TIPS IKLAN 'RARE' SYAZWAN ARIF

TIPS IKLAN 'RARE' SYAZWAN ARIF

 

“Wan, apa hasilnya?” 

“Kenapa iklan atas ni sendu?"

 

Ini kata mereka selepas melihat iklan di atas. 

 

(Ada 1 perkara penting yang takde sorang pun sebut. Wan bagi tahu di bawah) 

 

Ini kata mereka :

Copywriting tak menarik

Tidak berperenggan

 Headline tak ada 😅,tak mampu tarik perhatian orang iklan tak menarik.

Takde perenggan. Orang akan malas nak baca. 

Macam karangan...ramai yang malas nok baca lening kalau panjang-panjang😊

Bila baca, tak dapat nak faham mesej apa yg dia nk sampaikan. 

 

Pada pendapat saya, post ni menjurus ke arah pengiklan, bukan kepada prospek. Dia perlu lebih fokus kepada apa manfaat yang prospek akan nikmati. Contohnya should anything unfortunate berlaku, dah ada payung sebelum hujan tu. Elaborate more on benefits.

 

Tulisan rapat dan banyak dalam 1 para.

 

Selangkan 1 ayat dengan ayat yg lain.

 

Supaya lebih jelas dan lebih mudah nak baca di skrin phone.

 

Kenyataan yang terlalu straight forward...macam nak marah orang pun ada.

Tak cukup emosi...tak tersentuh pun... only a few lines information saja

Iklan ni berkaitan dgn kerjaya takaful la kan, means nak tarik org untuk menjadi agent takaful?

Saya rasa tak sesuai letak 'dilabel macam-macam'..sbb awal2 dah scary. 

 

Tiada perenggan

Ayat tiada sentuh emosi

Takde hook, story , offer

Ayat tak menarik

 

Ayat panjang dalam satu perenggan. 

 

Cepat bosan, tak habis baca lagi dah scroll up. 

 

Faham takaful itu penting, kalau selitkan Story lagi menarik.. Tambah emosi sikit 😅

 

Tak de minat nak beli takaful,kepentingan,keperluan dan harga mampu milik..Takde pentingnya untuk membeli takaful .

Keterangan dah ok, cuma kalau boleh diringkaskan sebab pengguna fb skrg (contohnya saya) tak minat baca panjang2. Mereka lebih tertarik kontent dalam bentuk video/reels (terutama yg memberi pengajaran)

Takde situasi yg spesifik

Dia cerita tentang seller sahaja , customer xkisah sbb xdapat apa2 value

 

Penggunaan ayat yang kurang menarik kadang-kadang membuatkan orang malas nak baca..🤭

 

Ayat yang mula-mula kalau woww mesti ramai orang sanggup nak baca sampai habis🤭

 

Salah satunya Kena ada Headline terlebih dahulu yg memukau untuk mengajak org terus mbaca perenggan2 seterusnya.

………… 

………… 

 

Atas ni semua BETUL. 

 

Terima kasih Wan ucapkan atas kerjasama semua. 

 

Semua hebat-hebat. 

 

Dari sini kita belajar. 

 

Kena pastikan semua benda atas ni ada dalam iklan kita. 

 

Stop iklan main hentam. Nanti penat. 

 

Baca semula atas, okay. 

 

 

“Wan, apa yang penting sangat sampai takde orang sebut dalam iklan ni?” 

 

Benda paling penting ialah ‘Gambar/Video’ 

 

Orang tertarik bila skroll ialah visual. 

 

Bila kita skroll ini yang akan berlaku. 

 

“Wah cantik gambar ni. Dia cerita tentang apa ya?” 

 

Maka, kita pun akan skroll semula ke atas dan baca ayat. 

 

Ayat adalah nombor 2. Orang tengok gambar dulu berbanding ayat. 

 

“Apa benda dia tulis ni tak faham lah. Tak best pun.”

 

Maka, dia akan skroll semula ke bawah. Haha. 

 

Kalau ayat best dan ada semua ciri-ciri dekat atas tu, maka dia akan baca apa kita tulis. 

 

Dapat sesuatu, kan? 

 

“Kalau letak gambar produk boleh tak, Wan?” 

 

Kembali pada jawapan atas, gambar tu menarik sampai orang stop skroll tak? 

 

Ehem 

Ehem. 

 

“Ala Wan, ayat panjang orang tak baca lah sekarang ni. Bosan baca panjang-panjang.”

 

Siapa kata?

 

Kenapa awak baca panjang-panjang sampai sini kalau bosan?  Haha. 

 

Kita kena lah buat ayat yang best. 

 

Bukan cincai cincai. 

 

Buat cincai memang lah orang tak baca sampai habis. Haha. 

 

1 lagi benda penting sebelum post di media sosial iaitu, 

 

Kena pastikan tiada perkataan yang di larang supaya dapat elak iklan kita tenggelam. 

Ya, kena semak dulu kalau tak penat jer buat ayat. 

 

“Apa contoh perkataan yang di larang ni, Wan?”

“Macam mana nak semak mudah?” 

 

Wan dah tunjuk kan dalam ni : KLIK SINI 

 

P/S : Sebelum klik atas, pastikan baca dulu atas. Jangan skip nanti blur~ Berbuih pulak mulut Wan explain benda sama. Haha.