Hai
Tengah Mencari Ke?
Tengah Pelik Ke tu?
Siapa Dia ni?
Apa dia buat?
Haha
Sesungguhnya…
Anda adalah orang yang hebat!
Tahniah saya ucapkan.
TAHNIAH!
Entah lah nak tulis apa pun tak tahu.
Nama Syazwan Arif
Yang penting, anda perlu tahu saya seorang yang…
Suka menulis
Bercerita
Melawak
Muka Garang
Tapi Friendly
Tapi Malas Berkawan
Tak Pandai Berkawan
Lebih Suka Berkawan Dengan Kucing
Eh Jap, Kucing Pun Takde Nak Berkawan
Haha
Macam sekarang ni la.
Hidup ni terlalu singkat untuk kita mencari musuh.
Jom berkawan dan pandu hidup kita ke arah lebih baik.
Jom kongsi ilmu bersama.
Percayalah, lebih ramai di luar sana perlukan ilmu.
Masih tercari-cari.
Jom berikan manfaat dan mudahkan urusan orang lain.
Nescaya, manfaat itu akan kembali pada kita.
Okay, sekarang ni nak tahu apa lagi? Haha
Okay, saya pernah terlibat dengan projek juta-juta bersama company lama sewaktu saya bergelar engineer.
Pertama kali masuk, gaji dapat seperti ada pengalaman 10 tahun.
Alhamdulillah rezeki.
Lepas tu bosan sebab duit juta-juta tu duit diorang, bukan duit saya. Haha.
Jadi, saya keluar secara baik.
Terlibat pula dengan projek sales dan marketing.
Jual produk harga ribu-ribu.
Secara ringkasnya, produk bernilai ribu-ribu tu senang je nak jual.
Ini saya sendiri yang jual ya.
Tak melibatkan team atau orang lain pun. Hadaplah sorang-sorang wasap tu dulu jawab soalan customer.
Melecet jari jemari. Haha.
Kalau berpuluh malah beratus ribu sebulan tu boleh di capai jika ada ilmu. Itu jer.
Saya bosan sebab senang sangat jual produk ribu ribu.
Maka, saya keluar dan cuba jual produk paling murah.
RM1 jer
Saya ulang
RM1 sahaja
“Produk apa tu?”
Haa, mesti nak tahu kan.
Udang galah.
Ya, udang galah RM1 tu lah.
Saya salah seorang yang terlibat dalam projek ini.
Apa hasilnya?
Juga sama, tetap jualan berpuluh ribu sebulan.
Eh sekejap, bukan sebulan tapi 3 hari. Haha.
Kan saya dah cakap tadi, jika ada ilmu mudah jer.
Tuntut lah ilmu dan pengalaman.
Ini sangat penting.
Saya juga terlibat dengan projek ubat gigi.
Walaupun gigi kuning.
Haha.
Beli ubat gigi dapat duit.
Saya beli ubat gigi saya dapat duit.
Kalau awak beli ubat gigi, awak lah dapat duit.
Kenapa nak bagi saya? Haha
Siap dengan sistem saya laburkan hampir RM3000/sebulan untuk siapkan.
10 saat diperlukan untuk mereka bertindak semua nya AUTOMATIK dan TERSENDIRI.
Tiada di luar sebab sistem ini saya siapkan sendiri. Haha.
Ini semua demi memastikan ramai yang akan terima manfaat.
Pergi lantak lah 3000 sebulan tu. Haha.
Orang tak tengok dah gigi kita, yang penting orang tengok ilmu kita.
Banyak lagi projek saya buat letih dah cerita.
Simpan lah sikit korang pun bosan baca, kan. Haha.
Walaupun begitu, saya masih belajar. Sebab ilmu ni takkan pernah habis.
Saya masih belum punyai ilmu yang cukup sempurna.
Daripada lautan luas, mungkin 1 titis je ilmu saya.
Panjang kan saya bercerita?
Haha
Siapa suruh cari.
Siapa suruh stalk.
Salam kenal dari saya.
Apa lagi nak tahu? Haha
Jemput follow saya untuk berkawan di FB.
Ingat, niat untuk berkawan ya, bukan menjadi musuh. Haha.
Owh ya, lepas dah follow, mesej lah sekeping dekat messenger cakap jumpa post ni.
Satu lagi, rajin-rajin lah komen, jangan kedekut sangat. Halah halah. Haha.
Taip jer Syazwan Arif keluar lah nanti.
Sekian. Assalamualaikum 😘
Jawab salam dulu ya.
Waalaikumussalam
Ok bai!