"Lantak lah takde kaitan pun."
.
Ini salah satu sebab sales tak berlaku.
.
Mindset kena ada dalam fikiran masa buat ayat.
.
Ceritakan apa yang customer mahu.
.
Mereka ni tak peduli pun tentang kita.
.
"Ah, lantak kau lah apa kaitan dengan aku?"
.
Orang cakap macam tu lepas kita promote barang yang kita jual.
.
Sales takkan berlaku.
.
Bila mereka cakap macam ni tak kira lah cakap dalam hati atau cakap kuat-kuat, kita kena tahu 1 perkara.
.
Jualan susah berlaku.
.
Jadi, kena tanam dalam minda, "Mereka hanya peduli tentang diri mereka."
.
Buat lah ayat ada kaitan dengan mereka.
.
Supaya mereka suka apa yang kita tulis sebab sentuh tentang mereka.
.
Mereka rasa untung.
.
Mereka rasa best.
.
Mereka punya masalah selesai.
.
Mereka tak rasa rugi.
.
Maka, jualan mudah berlaku.
.
Elakkan ayat skema boleh?
.
'Hari ini ada promosi beli lah saya jual ni."
.
"Nak ubah macam mana Wan?"
.
Ubah ayat kepada apa yang customer kita nak.
.
Contoh customer nak selesaikan masalah tak tahu nak makan apa.
.
"Makan ni confirm perut kenyang tak rasa stress dah hilang semua masalah sebab sangat sedap cair dalam mulut."
.
Nampak?
.
Takde pun sebut tentang makanan tu.
.
Orang terbayang masalah lapar hilang.
.
Buat kan mereka rasa nak beli makanan tu.
.
Wan harap ada yang nampak benda ni.
.
Ini salah satu faktor sales sendu.
.
Ubah ya.
.
Banyak lagi nota Wan dah tunjuk dalam ni : osini.co/NotaViral
.
Jom ubah 😍👍🏻