"Macam mana cara nak sentiasa positif je Wan?"
.
Ramai nampak Wan happy je.
.
Macam takde masalah je.
.
Itu yang mereka nampak di media sosial.
.
Sebenarnya, masa ada masalah, Wan takde pun nak update apa-apa di media sosial.
.
Kalau update juga waktu ada masalah atau masa tengah marah,
Itu yang jadi meroyan sorang-sorang.
.
Biasa kan tengok kawan kita tiba-tiba meroyan dekat wasap, Facebook dan lain-lain.
.
Update status bukan-bukan.
.
Tiba-tiba nak marah orang.
.
"Sebab apa?"
.
Sebab dia dekati media sosial untuk luahkan perasaan dia.
.
Kalau ada masalah, relaks dulu.
.
Tutup dulu media sosial.
.
Tutup dulu wasap ke apa.
.
Kalau sebulan tak selesai masalah tu, sebulan lah jangan dekati media sosial.
.
Tadi Tips yang pertama. Jauhi media sosial.
.
Yang ke - 2.
.
Dekati circle yang positif.
.
Kalau ada group wasap yang mengarut tu, left je.
.
"Nanti kawan terasa hati pulak kalau left group."
.
Sebenarnya, kita di kelilingi circle kawan yang tidak positif.
.
Kita pun terikut.
.
Orang membawang, kita membawang.
.
Orang kutuk, kita pun kutuk.
.
Tu semua sebab di kelilingi circle yang salah.
.
Kita nak kawan terasa ke kita nak di kelilingi circle yang positif.
.
Itu baru group kawan.
.
Ada juga group positif yang perlu kita cari.
.
Contoh group marketer.
.
Kita tak pandai iklan, kita duduk dalam group yang di sediakan untuk marketer.
.
Biasa nak dapatkan group marketer yang BERKUALITI, kita kena invest sikit untuk ilmu.
.
Bayar untuk ilmu, dapat FREE group marketer.
.
Group ni yang kita nak.
.
Lagi mahal ilmu yang kita bayar, lagi hebat circle yang kita ada.
.
Itu pun kalau ilmu yang kita beli tu, dia sediakan group support.
.
Kalau tak jumpa, cari sampai jumpa. Mesti ada.
.
Macam ni,
.
CONTOH,
Ilmu yang kita beli tu harga RM1,000
Maka, circle kita duduk tu ialah orang yang turut laburkan RM1,000. Orang yang berduit. Orang yang bijak dan ada wawasan.
.
Berbanding kita beli ilmu RM10.
.
Semua circle kita orang yang turut bayar RM10. Maaf cakap, orang yang tidak berapa ada duit. Orang yang suka suka jer.
.
Kita pun duduk dalam tu. Tanya soalan pun krik-krik. Sebab semua dalam tu hanya masuk kelas saja suka suka.
.
Wan tak pasti benda ni sampai ke tak.
.
Siapa dapat tangkap apa yang Wan cakap, itu maksudnya dia seorang yang berwawasan.
.
Bukan senang nak faham secebis ilmu ni sebenarnya.
.
Kalau kita dah biasa buat, kita tahu.
.
Kalau hanya tengok teori je tanpa tindakan, kita akan jadi blur-blur.
.
"Apa benda lah Wan cakap ni. Haha."
.
Takpe, slow-slow.
.
Tingkatkan ilmu.
.
Tingkatkan pemikiran.
.
Benda ni ambik masa.
.
Kena rajin belajar. Sekejap je otak ligat tangkap apa yang di sampaikan.
.
Baru 2 Tips Wan bagi tentang pemikiran positif ni. Sebenarnya banyak lagi.
.
Panjang isu ni sebab ni bermain dengan otak.
.
Jom ubah 2 perkara ni. Wan harap dapat sesuatu ya.
.
Banyak nota Viral wan dah bagi dalam ni boleh belajar : osini.co/NotaViral
.
Tingkatkan ilmu.
.
Moga bermanfaat 😍